1.         Pembuangan bayi
Remaja
 yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar 
tabii. Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum 
berkahwin. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama 
akan menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru 
dilahirkan di tempat- tempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi 
longkang dan sebagainya.
2. Perceraian dan keruntuhan rumahtangga
Kebanyakan
 pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung. Pembinaan 
rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi. 
Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan
 cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak 
akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya 
disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes 
perceraian yang berlaku di Malaysia. 
3.         Tersebarnya penyakit-penyakit yang  membawa mautTerdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.
  home
 Home
Posting Komentar