Memandangkan
 masalah ini semakin menular di kalangan remaja,langkah-langkah perlu 
diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Langkah-langkah yang patut 
diambil adalah seperti berikut: 
1.         Peranan ibu bapa
Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu
 bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada 
menyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap 
perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. 
Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk 
sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan 
bebas anatara lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. 
Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. 
Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau 
perubahan sikap anak-anak mereka.
2.         Peranan pihak sekolah 
Pencegahan
 pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan seks 
melalui ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
 kini dalam peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian 
Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh 
negara Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat 
dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka 
lebih memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi benteng kepada 
mereka dari terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti pergaulan 
bebas
  home
 Home
Posting Komentar