1. Tahap Iman yang lemah
Kebanyakan
 remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, 
ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu 
dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman 
manusia hidup dalam jiwanya yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah 
tidak takut dan gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Akibatnya,
 mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara 
kebenaran dan kebatilan.  
2. Dunia Cinta Remaja
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin
berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.
3.          Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah
Internet
 sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet 
menjadi sangat berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media
 yang lain. Ini adalah disebabkan oleh sifatnya yang dapat menerobos 
sempadan negara iaitu sukar disekat, ditapis dan dihalang. Selain itu, 
bahan-bahan lucah dapat memasuki negara dengan mudah. 
Rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyan memaparkan 
adengan-adengan seks. Media cetak seperti majalah-majalah berbentuk 
hiburan juga member kesan negatif. Banyak majalah memaparkan 
gambar-gambar artis barat dan kelakuan dan gaya mereka. 
Kesan-kesan
  home
 Home
Posting Komentar