Pening kepala dibuatnya..tak tahu apakah cara penyelesaian terbaik.
Sudah banyak kursus serta seminar yang saya hadiri dan juga sudah
banyak buku yang saya baca, namun ianya tidak dapat membantu saya
menangani permasaalahan ini.……sehinggalah satu hari , saya sedar bahawa
kesemua masalah tersebut perlu ditangani oleh saya sendiri dan
penyelesaiannya ada pada diri saya sendiri. Saya tidak memerlukan orang
lain untuk membantu saya menyelesaikan masalah anak remaja saya. Mereka
anak saya, saya yang melahirkan mereka maka sayalah yang sepatutnya
turun padang dan menyelesaikan masalah saya dan anak remaja saya.
Pertama kali yang perlu saya lakukan adalah membuang ego saya
jauh-jauh. Saya perlu memasuki alam mereka dengan had-had yang tertentu.
Perlu ada keseimbangan antara menjadi kawan dan mempunyai kuasa sebagai
ibu . Tak perlu terlalu keras dan juga tak perlu terlalu
berlembut..ibarat menarik rambut di dalam tepung.Hasilnya ..
Alhamdulillah…berkat dengan ilmu, kuasa doa dan amalan..sedikit sebanyak
ianya sudah membuahkan hasil.
Saya bukanlah mengatakan yang saya adalah yang terbaik. Saya
cumalah seorang ibu yang biasa sahaja. Pengalaman, pergaulan, pengamatan
dan segala ilmu yang saya ada patut rasanya saya kongsi bersama anda
semua. Walau apa kedudukan dan pangkat, rupaparas, bahasa dan bangsa,
kita adalah ibu dan bapa kepada anak-anak kan? Kita berhak menjadi
ibubapa yang disayangi dan dicintai oleh anak-anak kita. Bukan setakat
untuk mereka menjadi seorang yang berjaya di dunia tetapi yang lebih
penting lagi adalah cemerlang dunia dan akhirat.
Anda sudah bersedia untuk merubah diri dan anak remaja anda wahai ibubapa sekelian?Serius? bagus!!!
Saya bakal tunjukkan kepada anda satu rahsia di mana anda cuma
perlu baca, faham dan praktikkan bersama anak remaja anda. Anda tidak
perlu lagi pening kepala tentang bagaimana untuk merapatkan hubungan
anda dengan anak remaja anda. Anda hanya perlu baca segala kandungan
e-book ini, kenali kembali anak remaja anda dan menyemai kembali benih
cintc antara anda dan anak anda. Anda mampu menjadi ibubapa yang
disanjungi dan disayangi anak remaja anda walaupun anda keluar bekerja
pukul 7 pagi dan pulang 9 malam setiap hari.
Posting Komentar